Sunday 11 November 2018

Garam Bario


Garam Bario adalah sejenis garam yang sangat sukar didapati, di mana ianya 
memerlukan kepakaran penduduk tempatan di Bario Highlands, Sarawak.

Penduduk kampung dari suku Kelabit ini, biasanya akan masuk jauh ke dalam 

hutan untuk mencari sumber mata air di mana garam ini boleh diambil.


Satu kawah besar yang dipanggil Kawang disediakan, dimana air mata air 

ini akan dididih dan dikeringkan supaya garam dapat diekstrak dari bawah 
kawah. 

Garam Bario kaya dengan mineral berbanding garam biasa dan kurang masin.


Khasiat garam ini adalah untuk memberikan kelegaan kepada pesakit gout, 

ia juga boleh merawat pesakit tiroid kerana garam ini tinggi kandungan iodin. 
Makanan yang dimasak juga akan lambat basi, mampu merawat penyakit kulit, 
melancarkan pencernaan makanan dan meredakan pening, migrain dan 
stress.



Gambir Sarawak

Gambir Sarawak sangat berkesan untuk melegakan sakit gigi. Cara 
penggunaan yang mudah dengan hanya menghancurkan gambir hingga 
menjadi serbuk yang halus lalu diletakkan di dalam gigi geraham yang 
berlubang. Kira-kira 5 minit selepas itu gigi akan berasa berdenyut-denyut 
dan kesakitan gigi akan beransur hilang sedikit demi sedikit.

Selain itu juga gambir Sarawak ini boleh digunakan untuk melegakan sakit 

sementara sebelum di bawa ke hospital seperti terkena gigitan binatang 
yang berbisa seperti ular, kala jengking atau sengat ikan seperti ikan keli, 
ikan sembilang dan sebagainya.

Bagi masyarakat pendalaman di negeri Borneo ini mereka menggunakan 

gambir Sarawak untuk menghilangkan rasa sakit ketika membuat lubang 
telinga (bertindik). Kaedah ini sama seperti ubat bius iaitu untuk 
mengurangkan rasa sakit ketika proses menindik dilakukan.

Populariti gambir Sarawak mula naik apabila penggunaan gambir ini amat 

berkesan bagi pasangan suami isteri dalam melakukan hubungan intim. 
Ramai kaum lelaki yang mencari gambir Sarawak ini di pasaran semata-mata
untuk memberi kepuasan kepada pasangan mereka di dalam 
melakukan hubungan intim.



Kelupis


Kelupis merupakan makanan tradisional di Sarawak, Brunei & Sabah.
Kelupis adalah hidangan sama seperti ketupat, lepat yang menjadi 
hidangan utama di musim perayaan.
Kelupis dibuat dari beras pulut dan santan yang dibungkus dalam daun 
“Nyirik”.Ia kemudian dikukus.
Penggunaan daun “Nyirik” menjadikan juadah ini lebih sedap, wangi 
& tahan lama.
Kelupis sedap dihidang dan dicicah bersama kari, rendang, sambal 
& banyak lagi.


Ikan Tahai.

Ikan Tahai adalah dari Ikan Tamban Kecil yang sangat banyak didapati di perairan laut Limbang & Lawas.

Ikan ini akan disalai untuk mengekalkan ketahanan pada orang dahulu namun kini telah menjadi hidangan lazat.Ikan ini dapat disimpan lama. Rasa salai yang wangi sangat menyelerakan.

Kini produk ikan tahai telah dipelbagaikan seperti Sambal Tahai, Sos Tahai, Tahai Kering, Tahai Bersira dan pelbagai lagi hasilan dari ikan ini.


Mee Kolok.

Mee Kolok pada asalnya bukanlah makanan asal bumiputra Sarawak.Mee kolok adalah makanan yg dibawa oleh masyarakat cina sarawak yang datang berhijrah ke sarawak.

Oleh sebab itu mee kolok banyak dihidangkan di semua kedai makanan Cina di Sarawak.Mee kolok antara mee yang popular di Sarawak dan semakin terkenal di kalangan masyarakat Melayu, walau bagaimanapun tidak banyak kedai makanan Melayu yang menghidangkan mee kolok dan terdapat sedikit pengubahsuaian rasa hidangan.

Terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada mee kolok.
(i) Mee kolok (Melayu)
(ii)Kampua (Cina)
(iii)Mi Rangkai/ Mi kering (Iban)


Lada Hitam Sarawak.

Lada hitam (nama saintifik: Piper nigrum) merupakan sejenis rempah yang penting semenjak dahulu kala lagi. Buahnya, yang dikenali sebagai lada hitam apabila kering, adalah kira-kira 5 milimeter (0.20 inci) diameter, merah gelap apabila matang sepenuhnya, dan, seperti semua drupes , mengandungi satu benih. 

Lada hitam berasal dari Asia Tenggara dan China, dan di kawasan tropika yang lain. Lada Hitam Sarawak terkenal kerana kualitinya yang lebih baik, pedas dan

tahan lama.

Lada kering yang dikisar telah digunakan sejak zaman purbakala untuk kedua-dua citarasa dan sebagai ubat. Lada hitam adalah rempah di dunia yang paling diperniagakan. Ia adalah salah satu rempah yang paling biasa yang dimasukkan ke dalam masakan Eropah. Kepedasan lada hitam adalah disebabkan oleh kimia piperine. Ia banyak didapati dalam dunia yang moden ini, sering berpasangan dengan garam.