Tuesday, 23 July 2019

Frozen Chakoi di Borneo Outlet Store


"Kamek cari di Taman Tunku aria udah sikda. Cuba cari di sitok sik sangka ada. Nyaman nya sik keras"
Tok feedback dari customer pertama yang meli chakoi segera tok. Admin pun super excited bertanya dengan nya samada nya beli brand yang sama atau sik.Jawapan nya tek madah sama. Wah wah!
Bah.Pakey minum petang pakey sarapan nyaman juak tok. Tinggal goreng ajak lagik. RM4 jak!

Image may contain: food 

Thursday, 18 July 2019

Peria Garing Makmah Extra 60g

Penggemar peria atau peria goreng pernah cer rasa tak Peria Garing dari Mak Mah si botol hijau ni?
Pahit bukan sebarang pahit ,pahit pun kadang "menyengat" juga sampai dua tiga kali datang kedai tercari-cari si botol hijau ni.
Harini baru instock.Instock bukan original sahaja tetapi perisa PAPRIK pun ada juga. Nak puas lagi, Pek Berbaloi siap EXTRA 60g pun ada.

  Image may contain: indoor Image may contain: 1 person, plant and drink
Image may contain: food Image may contain: 1 person, plant and food

Monday, 21 January 2019

Beli Produk Sarawak di Shopee

Beli di Shopee.
Pergi Sarawak semata-mata nak cari Ikan Terubuk Masin atau Pes Laksa Sarawak?
Tiket "belon" mahal tapi nak beli Gambir sahaja?
atau
Dulu pernah pergi Miri,ada satu kedai tu jual Sambal Ikan Tahai,sedap.
Mana nak cari eh?

No photo description available.

Susah betul lah soalannya ðŸ˜‚
Nak senang beli sahaja di apps Shopee atau di website www.sitipayung.com.my .
Anda boleh jumpa pelbagai jenis produk seperti Gula Apong Spread, Serbuk Belacan, Pes Laksa Sarawak, Kuih Cincin dan sebagainya.
Gel Gambir untuk lelaki pun ada!
Image may contain: food No photo description available. No photo description available.



Kunjungan Yg Berbahagia Datuk Hatipah Hj Ibrahim

Kunjungan Yg Berbahagia Datuk Hatipah Hj Ibrahim, Director General
National Youth and Sport Department. Ministry of Sport & Youth pada minggu lepas telah diadakan di premis kami sempena lawatan kerja beliau ke Long Paan & Tawau.
Saya amat berbesar hati menerima kunjungan beliau dan rombongan dan memberi sokongan serta dorongan kepada kami di #sitipayung.
Saya telah mengenali Datuk sejak tahun 2015 semasa program Asean Youth Summit di PWTC yang turut dihadiri oleh sahabat saya Taufiq Bin Abdul Fattah, Ahli Parlimen Belia Malaysia. Saya tidak berapa sihat pada hari itu dan beliau dalam pejalan balik telah menumpangkan saya balik ke hotel dari salah tempat lawatan iaitu Biji Biji di Setapak.
Pada malam itu juga beliau dan rombongan sempat menjamu selera di Restoren Seafood di Gerai Tepian Sungai bersama adinda saya Matassan Rohani dan pegawai KBS Miri Tn Mohammad Shukeri Drahman.
Seronok saya melayani kehadiran mereka. Banyak program yang perlu dituruti oleh belia Sarawak yang dijalankan di bawah KBS.
Antara yang pernah saya sertai adalah ASEAN-ROCK Summit di Busan pada 2014, Japan Asean Networking Exchange Jenesys (Economy Cluster) pada 2016 yang pada tahun berikutnya saya rekomen beberapa sahabat saya seperti Juliana ABZaiwin Kassim dan Roydy Ismail dan Anyss Nasution.
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing Image may contain: Mohd Hafidz Ras, smiling Image may contain: 3 people, including Mohd Hafidz Ras, people smiling, people standing
Image may contain: 3 people, including Mohd Hafidz Ras, people smiling, people standing

Saturday, 29 December 2018

Jeruk Madu di Borneo Outlet Store

Terliur kamek nak makan jeruk tok eh!!
Jom beli bang.
Bah lajulah.. Dah ada ready stok. Kami bawakan khas dari negeri pengeluar jeruk terkemuka di utara Malaysia.
Ada 10 pilihan seperti mangga, kabong, ceri merah, ceri hijau, salak madu, betik dan banyak lagi yang sedap.
#borneooutletstore terletak di sebelah #sitipayung di Miri Waterfront Commercial Centre.
Call saja 085423385 / 0168792385
Borneo Outlet Store
1313, Miri Waterfront Commercial Centre, 98000 Miri, Sarawak
016-870 2385
https://maps.app.goo.gl/B4gu9

Image may contain: food No automatic alt text available. No automatic alt text available. 
Image may contain: food Image may contain: food Image may contain: food

Sunday, 11 November 2018

Garam Bario


Garam Bario adalah sejenis garam yang sangat sukar didapati, di mana ianya 
memerlukan kepakaran penduduk tempatan di Bario Highlands, Sarawak.

Penduduk kampung dari suku Kelabit ini, biasanya akan masuk jauh ke dalam 

hutan untuk mencari sumber mata air di mana garam ini boleh diambil.


Satu kawah besar yang dipanggil Kawang disediakan, dimana air mata air 

ini akan dididih dan dikeringkan supaya garam dapat diekstrak dari bawah 
kawah. 

Garam Bario kaya dengan mineral berbanding garam biasa dan kurang masin.


Khasiat garam ini adalah untuk memberikan kelegaan kepada pesakit gout, 

ia juga boleh merawat pesakit tiroid kerana garam ini tinggi kandungan iodin. 
Makanan yang dimasak juga akan lambat basi, mampu merawat penyakit kulit, 
melancarkan pencernaan makanan dan meredakan pening, migrain dan 
stress.



Gambir Sarawak

Gambir Sarawak sangat berkesan untuk melegakan sakit gigi. Cara 
penggunaan yang mudah dengan hanya menghancurkan gambir hingga 
menjadi serbuk yang halus lalu diletakkan di dalam gigi geraham yang 
berlubang. Kira-kira 5 minit selepas itu gigi akan berasa berdenyut-denyut 
dan kesakitan gigi akan beransur hilang sedikit demi sedikit.

Selain itu juga gambir Sarawak ini boleh digunakan untuk melegakan sakit 

sementara sebelum di bawa ke hospital seperti terkena gigitan binatang 
yang berbisa seperti ular, kala jengking atau sengat ikan seperti ikan keli, 
ikan sembilang dan sebagainya.

Bagi masyarakat pendalaman di negeri Borneo ini mereka menggunakan 

gambir Sarawak untuk menghilangkan rasa sakit ketika membuat lubang 
telinga (bertindik). Kaedah ini sama seperti ubat bius iaitu untuk 
mengurangkan rasa sakit ketika proses menindik dilakukan.

Populariti gambir Sarawak mula naik apabila penggunaan gambir ini amat 

berkesan bagi pasangan suami isteri dalam melakukan hubungan intim. 
Ramai kaum lelaki yang mencari gambir Sarawak ini di pasaran semata-mata
untuk memberi kepuasan kepada pasangan mereka di dalam 
melakukan hubungan intim.