#BOS membekalkan anda pelbagai jenis produk tempatan antaranya adalah:
1. Serbuk lada putih, lada hitam 2. Kerepek-kerepek 3. Sambal Ikan Tahai 4. Sambal Nasi Lemak, Sambal Tumis 5. Sambal Geronong 6. Sos Cili Ikan Tahai 7. Sos Cabik Hijau 8. Tebaloi Sarawak 9. Snek berasaskan ikan seperti Ikan Gunting 10. Dried Guava , dried Terung Asam 11. Instant Mee Kolok 12. Pes Laksa Sarawak 13. Ikan Terubuk Masin 14. Halal Dumpling , Frozen Pau. 15. Frozen Cakoi 16. Gula Apong Spread (peanut, chocolate,coffee) 17. Rencah bubur pedas (nanti puasa dah tercari2) 18. Kek Lapis #sitipayung
Letih nak typing satu-satu.Kedai terletak di area waterfront Miri. Yang ada SEAHORSE yaaa.
Kedai buka setiap hari dari jam 8.30am-9pm kecuali Ahad sampai 5.30 petang sahaja.
"Kamek cari di Taman Tunku aria udah sikda. Cuba cari di sitok sik sangka ada. Nyaman nya sik keras"
Tok feedback dari customer pertama yang meli chakoi segera tok. Admin pun super excited bertanya dengan nya samada nya beli brand yang sama atau sik.Jawapan nya tek madah sama. Wah wah!
Kunjungan Yg Berbahagia Datuk Hatipah Hj Ibrahim, Director General National Youth and Sport Department. Ministry of Sport & Youth pada minggu lepas telah diadakan di premis kami sempena lawatan kerja beliau ke Long Paan & Tawau.
Saya amat berbesar hati menerima kunjungan beliau dan rombongan dan memberi sokongan serta dorongan kepada kami di #sitipayung.
Saya telah mengenali Datuk sejak tahun 2015 semasa program Asean Youth Summit di PWTC yang turut dihadiri oleh sahabat saya Taufiq Bin Abdul Fattah, Ahli Parlimen Belia Malaysia. Saya tidak berapa sihat pada hari itu dan beliau dalam pejalan balik telah menumpangkan saya balik ke hotel dari salah tempat lawatan iaitu Biji Biji di Setapak.
Pada malam itu juga beliau dan rombongan sempat menjamu selera di Restoren Seafood di Gerai Tepian Sungai bersama adinda saya Matassan Rohani dan pegawai KBS Miri Tn Mohammad Shukeri Drahman.
Seronok saya melayani kehadiran mereka. Banyak program yang perlu dituruti oleh belia Sarawak yang dijalankan di bawah KBS.
Antara yang pernah saya sertai adalah ASEAN-ROCK Summit di Busan pada 2014, Japan Asean Networking Exchange Jenesys (Economy Cluster) pada 2016 yang pada tahun berikutnya saya rekomen beberapa sahabat saya seperti Juliana AB, Zaiwin Kassim dan Roydy Ismail dan Anyss Nasution.