Friday, 3 August 2018

Sos dan Kicap di Borneo Outlet Store


Kelebihan di #borneooutletstore.,
Anda boleh jumpa pelbagai jenis sos / kicap yang jarang anda jumpa di market-market yang popular,.
Sekali sekala boleh lah tukar Sos Cili Kimball kepada Sos Ikan Tahai atau Kicap Pedas Adabi kepada Kicap Pedas Kak Ngah.
Mungkin rasanya lebih sedap lagi.

No automatic alt text available.No automatic alt text available.

Image may contain: drinkImage may contain: drink

Image may contain: drink and indoor


Peria Garing Mak Mah

Rare memang rare!
Peria Garing Mak Mah juga ada di #borneooutletstore.
Rasa dia pahit-pahit tapi sedap.
Garing gituu..
Ada sesiapa penah cerik sik?
Nyaman nak?

Image may contain: 1 personImage may contain: food

Wednesday, 1 August 2018

Resepi Ayam Kacang Ma

Meh kita share resepi Ayam masak kacang ma,
Biasanya dibuat sebagai makanan orang berpantang. Tapi kalau nak makan waktu tak pantang pun boleh. Boleh panaskan badan dan buang angin especially bila hari sejuk dan hujan.
Ayam masak kacang ma:
2 inci halia
1 sudu serbuk kacang ma
1 sudu minyak bijan (optional)
Setengah ekor ayam (saiz kecil)
Garam secukup rasa.
1. Tumbuk halia dan perahkan airnya ke dalam bekas berisi ayam. Perap seketika.
2. Sangai hampas halia hingga garing. Kemudian masukkan ayam ke dalam kuali diikuti serbuk kacang ma.
3. Reneh ayam hingga masak. Masukkan minyak bijan dan garam secukup rasa (kalau x tambah garam pun dah sedap dan lebih sihat).
BOLEH DAPATKAN SERBUK KACANG MA DI OUTLET KAMI .

No automatic alt text available.

Tuesday, 31 July 2018

Sambal Tahai Nyanyat di #BOS

Sambal Tahai Nyanyat instock di kedai dah.
Ada dua pilihan iaitu original atau spicy.
Makan dengan nasi pun dah cukup.

Image may contain: candlesImage may contain: candlesNo automatic alt text available.

No automatic alt text available.No automatic alt text available.No automatic alt text available.

Sunday, 6 May 2018

Rencah Bubur Pedas

Resepi BuBur Pedas Sarawak
Bahan-Bahan:
1/. 1 bungkus rempah bubur pedas( agak sukar didapati di Semenanjung & Sabah)direndam terlebih dahulu dlm tempoh 15 minit
2/. 1 biji keledek (saiz sederhana)
3/. 250 gram isi ayam (boleh digantikan daging atau udang)
4/. 3 batang kacang panjang
5/. segenggam udang kering2
6/. 3-4 batang jagung muda /rebung rebus
7/. sedikit daun sinkel
8/. ubi kentang
9/. 2 batang tahu kering
10/. Sedikit cendawan cina ( hitam )dan cendawan butang
11/. 2 helai daun kunyit
12/. 3 ulas bawang putih
13/. 3 ulas bawang merah
14/. 2-3 biji cili merah
15/. 1 cm belacan
16/. Santan
* Untuk jenis sayur-sayuran rakan2 boleh mengubah suai mengikut citarasa masing-masing.
Cara-cara memasak:-
Tumis bawang merah,bawang putih,udang kering dan cili yang telah ditumbuk halus. Setelah naik bau,rempah bubur pedas dan air,masak hingga mendidih. Masukkan isi ayam@ udang dan kesemua sayur-sayuran . Masukkan santan, akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.Masak sehingga agak pekat sedikit barulah dihidangkan.
Rempah/Bumbu Bubur Pedas boleh didapati di Borneo Outlet Store -BOS Miri .
Menu hujung minggu bersama keluarga.

Image may contain: food    Image may contain: food

Wednesday, 18 April 2018

RESEPI MEE KOLOK SARAWAK YANG ENAK

RESEPI MEE KOLOK SARAWAK YANG ENAK 😍
1. -Mee Kolok ( Satu bungkus ataupun kalau takde mee kolok, guna mee sanggul) -Daun bawang (dipotong halus) -Daun sup ( dicincang halus) -500gram daging (potong sederhana) -Bawang merah (di potong) -satu mangkuk kicap manis -Kiub pati lembu -Satu mangkuk tau
Untuk bahan sos:- -Segenggam cili padi -Satu mangkuk kecil sos cili (apple gunakan maggie sos)
Cara menyediakan dan memasak:
Cara-cara:
1) Mula-mula panaskan minyak, kemudian gorengkan bawang merah.Setelah bawang bertukar warna kecoklatan, angkat dan tapiskan. 2) Minyak bawang di pindahkan ke mangkuk kecik 3) Rebus daging sehingga empuk.Setelah daging sudah masak, angkat kan.Air daging jangan dibuang.Digunakkan untuk membuat sup. 4) Masukkan kiub lembu di dalam air rebusan dan tambahkan perasa secukup rasa. 5) Didihkan air panas di dalam kuali yang berlainan.Setelah air nya mendidih , masukkan mee kolok di dalam nya.beberapa saat, toskan mee kolok. 6) Di dalam mangkuk makanan, letakkan dua sudu besar minyak goreng, dan dua sudu kicap hitam. 7) Gaulkan mee kolok yang telah direbus tadi bersama minyak bawang dan kicap manis. 8) Masukkan sedikit daun sup, daun bawang, dan bawang goreng.gaulkan. 9) taburkan daging dan sayur tauge di atas nya.
Untuk sos mee kolok:- -Blendkan cili padi dan sos cili (letakkan sedikit air) -
Sedia untuk di hidangkan

NAK MUDAH LAGI, DATANG SAHAJA KE BORNEO OUTLET STORE.
KAMI MENYEDIAKAN ANDA INSTANT MEE KOLOK.
So tak payah susah-susah nak sediakan bahan,goreng sana goreng sini.
Rebuskan sahaja mee kemudian gaul dengan perencah sedia ada.Tadaa dah siap! Jimat juga masa!

Image may contain: foodImage may contain: food
Image may contain: food

Tuesday, 17 April 2018

Kuih Cincin Sabah di Borneo Outlet Store

Kuih Cincin didatangkan dari Sabah.
Sedap,Rangup.
Terdapat 2 jenis Kuih Cincin yang ada ,
- Kulit Tebal
- Kulit Nipis
Tak payah pusing-pusing satu bandar Miri semata-mata nak cari Kuih Cincin.

Image may contain: food

Image may contain: food and indoor